Tuesday, April 12, 2011

kisah cinta PERTAMA aku .

assalamualaikum . 





cucu , cik hemo pon suka tengok gambar ni . pinjam sat .




ni first time aku buat entri pasal cintan cintun , berdebar la jugak . meh aku nak habak pasai cinta pertama aku . apa ? aku penah kapel ? dengan ini aku membuat pengakuan jujur , bahawa aku penah berkapel . err , kantoi . biaselah , zaman remaja . cinta beruk kan ? entri kali ni agak jiwang , hentah la . mungkin sebab aku makan mee kari 3 bungkus kot . eh , ade kaitan ke ?



permulaan kami
macam mana kami berkenalan ? first , masa ni aku memula pakai hanphone . memang aku lambat pakai handphone sebab ayahanda aku baru jekk bagi kebenaran guna handphone . ye lah , mana tau penyalahgunaan handphone , nak nak masa tu aku baru menginjak ke tingkatan 3 . pehh , handphone buruk jekk , tade camera , kale hitam putih . kedekot kan ayah aku ? ahh melalut sudah . pertama , dia ter-miss call dan disusuli dengan mesej , assalamualaikum , maaf silap number . aku balas , ceh . taktik basi la brother , tak payah la kate silap number . kemudian , bermula lah cerita kami di handphone . ..

kami berbeza 
kami sangat berbeza , macam langit dengan bumi . macam enggang dengan pipit . macam mee goreng dengan mee kari . macam .. err sudah banyak macam macam . dia baik , alim . tak macam aku . perangai macam gengster . dia cakap beralas , aku cakap lepas . dia suka baca buku la tahzan , aku suka baca komik . die matang , aku ? masa tu boleh lagi main lari lari depan koridor . mengeluh . bagi aku , dia memang tak layak untuk aku . dia terlalu sempurna .


terpana mataku bila pertama kali melihat wajahnya
selepas berhubung di handphone , perasaan aku membuak bila dia meminta melihat wajah aku . berhubung pula kami di friendster . sekarang lupe password friendster . bila aku melihat wajah die . terkedu . muka dia menggambarkan dia jauh lebih baik dari aku . itu dari segi luaran , tapi dari segi keluhuran hatinya, membuatkan aku terpikat . sifat kejujuran dia , membuatkan aku lebih menghormati dia .


suka bila dia ingatkan aku pasal solat
aku suka bila dia ingatkan aku pasal solat . selalu tegur aku bila melewatkan solat . dia selalu mengingatkan aku , dah solat belum ? jangan balas mesej ni kalau tak solat dulu . terkedu , aku rasa bertuah jika mana mana perempuan memiliki dia . dia selalu bagi tazkirah , selalu tegur aku dari segi pakaian , jangan terlalu ketat , tudung biar labuh sikit . lagi manis kalau selalu berbaju kurung . dang , malu aku bila ditegur sebegitu rupa . sejak tu , aku mula pakai longgar longgar , tudung kasi labuh sikit . dan aku mula jarang bercakap dengan budak laki yang lain , sampai dorang kata aku sombong . mintak maaf , aku bukan sombong . cuma aku sedikit berubah . dia kata , takpe kalau nak berubah . berubah dari satu marhalah ke satu marhalah . dia bagi semangat pada aku .

luahan pertama dari dia
mendengar luahan pertama dari dia , membuatkan aku malu tersipu sipu . bukan sahaja malu pada diri aku , tetapi malu dengan kakak aku . ayat pertama luahan hati dia , ana uhibbu anti jiddan . memula aku hairan , amende la dia kate nih , bahasa arab  ni. kendian , aku membuat rujukan pada kakak aku . sebab dia tahu pasal bahasa arab . maksudnya , saya sungguh menyintai awak . satu malam aku tak tidur kerana luahan dari dia . kenapa dia memilih aku ? sedangkan aku seribu kali tak sesuai dengan dia . dia terlalu sempurna bagi aku . sedangkan aku ? seribu kali tak sempurna .

dia selalu cerita pasal aku dekat bibik dia
bibik ? aku pon tak faham kenapa . mungkin kerana dia tidak mempunyai seorang kakak . dia luahkan pada bibik dia . keluarga dia besar . dia sayang adik beradik dia . selalu tegur adik beradik dia kalau ada silap . jarang dia pukul adik dia , sekadar jentik sahaja . cukup untuk menyedarkan adik beradik jika melambatkan solat . keluarga dia berada , tapi memilih lebih ke arah bersederhana .itu yang lebih baik katanya .

tak penah dengar suara dia
dia tak pernah telifon aku . apetah lagi aku . sebab apa ? sebab kami malu . malu kucen . tapi aku dapat bayangkan suara dia sedap sebab dia pernah mewakili sekolah dalam tilawah al-quran . aku ? suara macam doreamon . tak sedaaap . nak nyanyi sorang sorang pon kena tengok kiri kanan , biar tade orang . kang malu jek bila orang lain dengar suara bertuah aku . sobsob . aku selalu kata dia hebat sebab pandai mengaji , tapi dia tak mengaku . merendah diri . dia kata , ada lagi yang dari hebat dari diri dia sendiri .

hubungan kami tak lama
kami sangka panas hinggakan petang , rupanya hujan di tengah hari . sejak bila aku ber-peribahasa , dia ter-tangkap oleh ayahnya kerana mesej mesej kami . dan mesej ter-akhir dari dia . assalamualaikum . mintak maaf , kita tak boleh berhubung macam dulu lagi . kalau ada jodoh , adalah . jangan tunggu saya . salam terakhir. kecewa ? memang . sedih ? terlalu . lebih kurang sebulan aku ubat sedih aku . aku dekatkan diri dengan Dia . tulah , manusia , bila sedih , baru cari Dia . sejak tu , aku dah jadi kuat . aku bukan diri aku yang dulu , lemah .bukan senang aku nak jumpa seorang insan yang lengkap bagi aku . tu kali terakhir aku berhubung dengan dia . sampai sekarang tiada khabar berita . semoga dia bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik dari aku . amiinn .



















taaapi , aku reka jek citer kat atas tu . sekian . rasa nak tamparkan ? huahua . okeh , cuma aku penah la ber-kapel tu . sekali . 




p/s : ter-jiwang pulak malam ni .







terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

32 comments:

walinong sari said...

woo.. ingatkan betul2 tadi. kehkehkeh.. saya tak pernah pun couple (:

Wafiy Suzly said...

ciss cisss cissssss!

Violet Blue said...

ARGH!!!!
tensen aku bace..
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!

enonimes said...

jiwang deh.. XP

Mimosa Pudica said...

wowo..... ntoh2 betol x???
hahha.....
teringat time skola2 agame dulu..
eceh~..tapi x de la pulak yg msj begitu bek skali....sumenye bese2 jep..

cik hemo hemo said...

@miss shark: cik hemo suka mengaruut . ekeke . kapel sekali jek . T__T

cik hemo hemo said...

@wafiy: ape cis cis ? ko kentot eh ? haha

cik hemo hemo said...

@violet blue: terima kaseh sudi baca . ekeke . jangan tensen tensen , bes ape cerita tu . lalala~

cik hemo hemo said...

@aezud : ehehe . memalam memang suka jiwang . ko pon jiwang jugak . haha

cik hemo hemo said...

@mimosa pudica: tak betoool la. saje reka cerita . hehe . ho eh ? saje buat watak "dia" jadi sempurna sikit . ekeke

Nisa said...

alaaaa..da berangan dah..spoilerrr

Azlin Azman said...

hahahahah ! ingatkan btol. tp ceta awk sebijik cm saya :p

adan said...

wei..! kamu tau ka yang sy feel membacanya...! arghhhhhhhhhh...

kan dah kena... series best owh cerita ni... nak gak jadi macam watak lelaki dalam citer rekaan cik hemo ni..

penceritaan terbaek..!

cik hemo hemo said...

@cekodod: cik hemo suke berangan . ekeke

cik hemo hemo said...

@cucu hj hasan: oh eh ? aishh . ingakan cite yg cik hemo reka hanya imaginasi sahaje .

cik hemo hemo said...

@adan: terkena jugak kamu ya . timekaseh sudi bace cite mengarut saye . heheee . boleh jek kalau adan nak jadi watak dalam cite tu . pastu cik hemo nak ngoooraat . tehee

kay_are said...

baru nak rase terharu ngan cite cinta yang agak suci ni.. memang sweet.. ingat nak doa agar korang bersatu lik.. tapi bace kat bawah sekali.. memang nak kne cik hemo ni..baik lari cepat!!

amny said...

mula2 bce...dalam ati cakap

"bessnye cik hemo2 kapel ngn orang alim""

last ending ! perrhh!!kena rogeng upenyee..

ahahhahhaha

miss senyum said...

cehhh atas feelings abis dah bawah lain pulak haha nice one :)

alexayussida said...

grr..patutla perfect bnr lelaki tuh...


huu

cik hemo hemo said...

@KR: nak jek aku kate , ini adalah rancangan bangg bangg boom . wahaha . sedaap bukan cite aku ? ekeke

cik hemo hemo said...

@amny: ehehe . padan mukee ! bukan senang la cari lelaki macam "dia" sekarang . T___T

cik hemo hemo said...

@miss senyum : teheee . terkene bukan ?

cik hemo hemo said...

alexa yusida : memang perfect , sebab cik hemo goreenng . hehee , kalau la ade lelaki cam tu dalam realitinye , uhuk uhuk .

ApiH said...

boleh buat filem citer ni... heheee..

kay_are said...

bang bang boom?? ade yang kne masuk mesin basuh jap g karang.. sabar je r.. (-_-")

cik hemo hemo said...

@apih: tak laku la. haha

cik hemo hemo said...

@KR: laaaaariiiii !

tapi tak takot pon . ekeke

Anonymous said...

cehhhh . rekaan =.='

cik hemo hemo said...

@aiman : cik hemo memang suka begituuu . ^^

enonimes said...

nak bace citer jiwang aku?nnti aku tulis eh.

cik hemo hemo said...

@aezud: okeh , aku nak baceee !!