Wednesday, April 13, 2011

aku pon boleh jadi KAK LIMAH

assalamualaikum .

aku baru lepas tengok cerita hantu kak limah balik rumah . ye aku selalu lambat . T__T , cerita tu aku bagi lima bintang . best . teringat pulak entri cucu haji hassan pasal hantu karipap , aku tak berani nak baca malam malam , aku baca tengah hari bute  , ok , aku penakot . sila gelak , time kaseh .

nenek aku selalu cerita hantu masa kecik kecik dulu . tapi masa kecik dulu aku tade la penakot macam sekarang . even masa kat asrama , nak kencing tengah malam aku lebih rela tahan , tak pun kejut kawan . tapi kebanyakkan mereka krohh krohh , tidur mati . -__-" .



bukan gambar google  , aku amek sendiri via Mr Nokia yang tenat


Lokasi , kampung aku yang permai . Sebenarnya ada kisah mengenai rumah tersebut . pk, ni bukan cerita seram . kira kira 7 tahun yang lalu, ketika itu aku baru darjah 5 . Nenek aku bercerita tentang penghuni rumah tersebut. Sepasang suami isteri merupakan penghuni rumah tersebut . Sudah 5 tahun pasangan itu berkahwin , namun masih belum memiliki cahaya mata , tiada rezeki lagi kebarangkaliaan. Namun , hidup mereka sangat bahagia.


Malangnya , si isteri terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi . punca kematian , mati mengejut . si suami pula , sedih bukan kepalang dan tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya sudah pergi buat selama lamanya . ramai jiran jiran kampung menziarahi termasuk nenek aku , si suami tidak berhenti henti menitiskan air mata . siapa tak sedih kalau anggota keluarga pergi buat selama lamanya . 


Hampir 3 bulan arwah isteri meninggal , keadaan si suami tidak terurus . makan minum terabai . Jarang sekali orang kampung melihat si suami membuat kerja kampung seperti biasa sebelum ini .  Jika dulu , semasa arwah isteri masih hidup , si suami merupakan pekerja yang paling rajin , semua menghormati dia kerana kerajinan dan kejujurannya dalam bekerja . Jarang dia kelihatan di merata kampung cuma si suami asyik berkurung dalam rumanhya . kalau tidak dia dia berkunjung ke pusara arwah isterinya.


Begitulah rutin harian si suami. Ada juga orang kampung menziarahinya , namun keadaan si suami tetap tidak berubah .  sedih jugak aku dengar cerita nenek aku .


Suatu hari , gempar satu kampung berita kehilangan si suami . hampir 3 hari penduduk kampung mencari kelibat si suami .sehinggalah meminta bantuan polis . Pada hari yang ke 5 barulah si suami diketemui di sebuah ladang kelapa sawit oleh penduduk . keadaan suami ketika ditemui seperti orang tidak waras , si suami seperti bukan dirinya sebenar , sudah berubah .


sekarang ? dia si suami berada pusat bina insan di sekitar Johor . kata nenek aku , dia mengalami tekanan jiwa . rumahnya terbiar begitu sahaja , cuma ada jiran terdekat yang membersihkan kawasan luar rumanhya sahaja .


tiada siapa berani menjejaki ke rumah itu lagi . termasuk aku . sekadar merenung dari jauh.




last word.

aku pon boleh jadi kak limah.


tak caye ?

meh tengok ni..































peace yo !



p/s: ramainye member dapat interview. T__T



terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

26 comments:

amny said...

f
u
u
u
u
u
u
u
u
y
y
y
y
o
o
o
o
o
o
o
!!!!!

terkejut amni..hahahahaha..^^

comey3..

aiman rashidd said...

a
l
a
m
a
a
a
a
a
a
a
k...
h
e
m
o
hemo hemo . HAHAHA

btw terkejut eden :) sama =.=' LALALA

miss shark said...

cik hemo, cerita tu betul2 kan? bukan cobaan?? (dah baca sungguh2 ni) hehehee.. lawo muke tempek ngan bedak sejuk. cehh, mesti edit ni :p

alexa yussida said...

putih melepak kak limah :P

Wafiy Suzly said...

sian tul ie...

Violet Blue said...

pakai bedak sejuk!!

teringat kes kat asrama yg kantoi ngan ustazah @ warden..
haha~

miss senyum said...

mak aihhh, terkejut saya cik hemo hemo BERTUKAR haha

Aezudin said...

hantu yg paling comel aku pena tgok kat malaysia..em..kena buat filem ne.. XP

cik hemo hemo said...

@amny: terkejoot ? jom buat sekali . ekeke

cik hemo hemo said...

@aiman:aiman tader heatattack kan ?
tehee.

cik hemo hemo said...

@miss shark: cerita benar. mane ade edit . betol tu . original , terbaek dari ladang . :))

cik hemo hemo said...

@alexa yusida: ekeke . putih kerana bedak sejuk .

cik hemo hemo said...

@wafiy: ko jeleh kan ? aku tau ko nak jadi usop jugakk . haha

cik hemo hemo said...

@violet blue : yeaah. teringat jugak . nak ketawa sampai guling la teringat kes tu . lalala~

cik hemo hemo said...

@miss senyum: heheee. cik hemo suka bertukaar . sok nak jadi otomen pulak . haha

cik hemo hemo said...

@aezud: kompepm tak laku . ok, set . malam ni aku kaco ko ! siap la ... huahua

adan said...

hahhaa.. kak limah pakai bedak sejuk.. kahakhakh...

btw betul ke citer tu?

♥..cik_mas..♥ said...

tuuuu diaaa.... terkujat2 gue... :P

cik hemo hemo said...

adan: hikhik . ade chance jadi kak limah x ? citer tu betol . ^^

cik hemo hemo said...

@cik mas: heheee . cume tade usop jekk . :))

adan said...

seram gak citer tu er.. ingatkan cerita rekaan spt sebelum ni.. ^_^

Aezudin said...

heish.da bape mlm aku stay up.xnmpk pon hntu rupe ko..heheh XP

cik hemo hemo said...

@adan: tade la seram mane . heheee

cik hemo hemo said...

@aezud: ade la. aku tengok ko dari jaoh . bhaha

kay_are said...

ni cite betul ke tipu lagi? gua dah redi kerusi nak baling kalau lu tipu gua lagi.. geram x habis lagi ni.. takut tak ngan gua? =P

cik hemo hemo said...

@kr: uish , macam tu terusss , betol la kesah benar. :PP