assalamualaikum .
aku baru lepas tengok cerita hantu kak limah balik rumah . ye aku selalu lambat . T__T , cerita tu aku bagi lima bintang . best . teringat pulak entri cucu haji hassan pasal hantu karipap , aku tak berani nak baca malam malam , aku baca tengah hari bute , ok , aku penakot . sila gelak , time kaseh .
nenek aku selalu cerita hantu masa kecik kecik dulu . tapi masa kecik dulu aku tade la penakot macam sekarang . even masa kat asrama , nak kencing tengah malam aku lebih rela tahan , tak pun kejut kawan . tapi kebanyakkan mereka krohh krohh , tidur mati . -__-" .
bukan gambar google , aku amek sendiri via Mr Nokia yang tenat
Lokasi , kampung aku yang permai . Sebenarnya ada kisah mengenai rumah tersebut . pk, ni bukan cerita seram . kira kira 7 tahun yang lalu, ketika itu aku baru darjah 5 . Nenek aku bercerita tentang penghuni rumah tersebut. Sepasang suami isteri merupakan penghuni rumah tersebut . Sudah 5 tahun pasangan itu berkahwin , namun masih belum memiliki cahaya mata , tiada rezeki lagi kebarangkaliaan. Namun , hidup mereka sangat bahagia.
Malangnya , si isteri terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi . punca kematian , mati mengejut . si suami pula , sedih bukan kepalang dan tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya sudah pergi buat selama lamanya . ramai jiran jiran kampung menziarahi termasuk nenek aku , si suami tidak berhenti henti menitiskan air mata . siapa tak sedih kalau anggota keluarga pergi buat selama lamanya .
Hampir 3 bulan arwah isteri meninggal , keadaan si suami tidak terurus . makan minum terabai . Jarang sekali orang kampung melihat si suami membuat kerja kampung seperti biasa sebelum ini . Jika dulu , semasa arwah isteri masih hidup , si suami merupakan pekerja yang paling rajin , semua menghormati dia kerana kerajinan dan kejujurannya dalam bekerja . Jarang dia kelihatan di merata kampung cuma si suami asyik berkurung dalam rumanhya . kalau tidak dia dia berkunjung ke pusara arwah isterinya.
Begitulah rutin harian si suami. Ada juga orang kampung menziarahinya , namun keadaan si suami tetap tidak berubah . sedih jugak aku dengar cerita nenek aku .
Suatu hari , gempar satu kampung berita kehilangan si suami . hampir 3 hari penduduk kampung mencari kelibat si suami .sehinggalah meminta bantuan polis . Pada hari yang ke 5 barulah si suami diketemui di sebuah ladang kelapa sawit oleh penduduk . keadaan suami ketika ditemui seperti orang tidak waras , si suami seperti bukan dirinya sebenar , sudah berubah .
sekarang ? dia si suami berada pusat bina insan di sekitar Johor . kata nenek aku , dia mengalami tekanan jiwa . rumahnya terbiar begitu sahaja , cuma ada jiran terdekat yang membersihkan kawasan luar rumanhya sahaja .
tiada siapa berani menjejaki ke rumah itu lagi . termasuk aku . sekadar merenung dari jauh.
last word.
aku pon boleh jadi kak limah.
tak caye ?
meh tengok ni..
peace yo !
p/s: ramainye member dapat interview. T__T
26 comments:
f
u
u
u
u
u
u
u
u
y
y
y
y
o
o
o
o
o
o
o
!!!!!
terkejut amni..hahahahaha..^^
comey3..
a
l
a
m
a
a
a
a
a
a
a
k...
h
e
m
o
hemo hemo . HAHAHA
btw terkejut eden :) sama =.=' LALALA
cik hemo, cerita tu betul2 kan? bukan cobaan?? (dah baca sungguh2 ni) hehehee.. lawo muke tempek ngan bedak sejuk. cehh, mesti edit ni :p
putih melepak kak limah :P
sian tul ie...
pakai bedak sejuk!!
teringat kes kat asrama yg kantoi ngan ustazah @ warden..
haha~
mak aihhh, terkejut saya cik hemo hemo BERTUKAR haha
hantu yg paling comel aku pena tgok kat malaysia..em..kena buat filem ne.. XP
@amny: terkejoot ? jom buat sekali . ekeke
@aiman:aiman tader heatattack kan ?
tehee.
@miss shark: cerita benar. mane ade edit . betol tu . original , terbaek dari ladang . :))
@alexa yusida: ekeke . putih kerana bedak sejuk .
@wafiy: ko jeleh kan ? aku tau ko nak jadi usop jugakk . haha
@violet blue : yeaah. teringat jugak . nak ketawa sampai guling la teringat kes tu . lalala~
@miss senyum: heheee. cik hemo suka bertukaar . sok nak jadi otomen pulak . haha
@aezud: kompepm tak laku . ok, set . malam ni aku kaco ko ! siap la ... huahua
hahhaa.. kak limah pakai bedak sejuk.. kahakhakh...
btw betul ke citer tu?
tuuuu diaaa.... terkujat2 gue... :P
adan: hikhik . ade chance jadi kak limah x ? citer tu betol . ^^
@cik mas: heheee . cume tade usop jekk . :))
seram gak citer tu er.. ingatkan cerita rekaan spt sebelum ni.. ^_^
heish.da bape mlm aku stay up.xnmpk pon hntu rupe ko..heheh XP
@adan: tade la seram mane . heheee
@aezud: ade la. aku tengok ko dari jaoh . bhaha
ni cite betul ke tipu lagi? gua dah redi kerusi nak baling kalau lu tipu gua lagi.. geram x habis lagi ni.. takut tak ngan gua? =P
@kr: uish , macam tu terusss , betol la kesah benar. :PP
Post a Comment