Saturday, March 12, 2011

aku pergi kawen tadi

alkisahnya, aku pergi kawen tadi. aku rasa amatlah bahagia tidak terhingga apabila aku disahkan menjadi isteri kepada insan bernama suami tersebut.

"aku terima nikahnya, Fara Wahidah binti Zulkifli dengan mas kahwin seratus ringgit tunai" maka menangislah seluruh syaitan-syaitan di dunia. tetapi, aku menitis air mata kesyukuran. syukur sekali taktala cincin habibah jewel tersarung dengan eloknya di jari manisku.

tanpa segan silu, aku menjerit dengan riang gumbira di pagi raya sambil terloncat loncat,

"aku dah kawen!!!"

pabila kompang dipalu, aku rasa berada di awang awangan. sebagai bukti, aku menyuruh sang suami menampar pipiku yang chooomel. sakitgilababengrasanakbagiflyingkick, betul, ternyata aku berada di atas pelamin yang begitu cantek dihiasi dengan lampu raye lip lap lip lap bunga bunga kesukaanku.

cuuuuuuttt!!

errk, dah melalut pulak hakuh nih.hahah.
ok, itu semua rekaan semata mata. *rasa nak lempang tak??*

sebenarnya nak cerita pasal lain la.
korang penah pergi majlis kawen tak? baru jup tadi aku pergi majlis kawen. sapa suka pergi majlis kawen?sila jangan sesegan angkat tangan.

hakuh! hakuh! hakuh!

tak la. aku tak minat sangat pergi kawen majlis kawen. tapi mase kecik kementot aku suka gila pegi majlis kawen. pantang ada jemputan, aku la yang selalu mengikut puan ibunda ke majlis kawen.dulu masa zaman kementot, ramai gila sepupu aku kawen. tanpa segan silu, aku pon turut bertungkus lumus menyibukkan diri. ekekeke.

telur kawen 

kalau orang kawen, kenapa bagi telur eh? betul ke dalam dunia kawen kawen ni, telur melambangkan zuriat kepada pasangan peranten? cepat cepat dapat anak kot? heheh.

tapi bagi aku, aku suka kutip telur kawen. masa sepupu aku kawen, lagi kejam bila aku curi curi makan telur kawen yang sudah digubah dengan eloknya pada bunga telur. telur kawen lagi sedap kalau dicecah dengan kicap lemak manis cap kipas udang *sedap sehingga menjilat lantai rumah*


bila mak cik aku bising pasaipa bunga telur berkurang, aku terus senyap.ada jugak aku jadi tukang bagi telur masa sepupu aku kawen. kebanyakkannya telur kawen tu ,acap kali masuk dalam perut kechintaan aku taktala kebosanan melanda. .tapi naseb tak baek, sebab aku selalu kuar masuk toilet gara gara makan telur over dose. dan kentuuuuuutnya amat kuat lagi pekat likat baunya. HEHE

pelamin

part ni la aku lagi suka. kononnya nak kawen awal. taktala sepupu aku sibuk dengan segala hal, aku dan kaum kerabat yang seangkatan dengannya, meng-controlkan pelamin beliau. wahaha. dan aku sudah semestinya menjadi tukang kipas, kipas dengan selaju lajunya. *wink wink*


tapi, tak lama sebab mak cik aku sound kerana bunga pelamin jatuh tergolek dek kami kami yang menjahanamkannya. KUIKUIKUI.


berinai


"eceh. kalau peranten boeh berinai, aku pon boleh la!"


kalau sepupu aku sudah siap berinai di tangan kuku kaki beliau, aku mencuri peluang untuk turut sama berinai. lagi dasyat aku yang mencontengkan tangan aku sendiri yang tulus mulus. last sekali, aku kena marah dengan puan ibunda sebab kat sekolah tak boleh pakai inai conteng conteng. aiseh, naseb badan!

bunga mangga

aku suka sangat dengan bunga mangga sebab bunga tu wane wani. hehe. masa dulu, aku selalu panjang tangan kutip bunga mangga. apa yang aku buat, aku tarik lidi, lepas tu aku lilit lilit kat atas kepala. puf!, jadi la peranten. lepas tak dapat main kawen kawen kat pelamin, kami kami main kawen kawen kat bawah pokok jambu.




tapi, tak lama, sebab kat aku nanges terguling guling sebab kena gigit dengan kerengga. tak guna! eceh, rosak majlis kawen aku! ekekeke.



HIDUNG AKU BERDARAH TENGOK GAMBA NI..


ekekeke. 

cerita tamat! sile tepuk tangan senyap senyap. hehe

terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

1 comment:

Anonymous said...

encik anon nak kawen ngan cik hemo boleh? heheh