Wednesday, March 9, 2011

kami budak hostel

assalamualaikum ^^

walaaaweh. sudah lama aku nak share pasal hidupan budak budak hostel, macam aku ni. walaupon aku menetap di hostel selama 2 tahun lamanya, setiap kenangan sepanjang aku ada kat situ.. memang indah sangat. kalau aku imbau semula, memang kompem aku tersenyum , tersengih seorangan *bukan gile*

walaupon mula mula masok, menanges , mengadu kat hencik ayah dan puan emak untuk dibawa pulang ke rumah. tapi semua helah yang aku buat tidak menjadi! *sigh*

eleh.sudah besar gedabak pon boleh nanges nanges tinggal kat hostel. okeh, aku anak bongsu la! manja siket jep.*puppy eyes* nanges kecik kecik jep. teda la sampai terguling guling sebab homesick.


i nanges macam ni tau.

elelele. well, aku kuat! wahaha. biasa la, perubahan drastik. semua kena buat sendiri. nak makan kena ambil sendiri. baju kena basuh sendiri. dek kata, semua bende la kena buat sendiri. tu lah namanya hidup berdikari! jadi matang siket. *wink wink*


tapi kan, jadi budak hostel ni sangat kreatif , ideal mencurah curah kalau nak survive hidup kat hostel. untung la orang macam kami nihh. otak geliga! *bangge bangge*

Bila hujan

ini lah masalah utama bagi budak hostel. terpaksalah kami kami menjimatkan pengguna baju. nama pon hujan, memang pasti baju baju lambat nak kering kan? jadi, ada gunanya kami menggunakan kipas.


jemuran di bawah kipas

okey, kami buat ampaian versi kami. tali tu , kami ikat pada grill tingkap. ini kena bagi betol betol tegang, kalau tak, memang betol betol baju basah berada si bawah muka.


Bisnes

yang nihh kalau tak ada bisnes bukan budak hostel. haha. mula la malam malam duk terpekik buat promosi di setiap dorm.


  • jual mee segera a.k.a maggi-sudah menjadi perkara wajib .tapi ada jugak si panjang tangan curik maggi budak budak lain, bila tanya. buat muka sardin. benci!
  • buat dobi sendiri-sapa sapa yang kemaruk nak cari duit poket lebihh, mentang mentang mak ayah korang beli sabun basuh lebih la konon. satu helai baju-20sen. kalau dah tahap malas, ada je yang bagi lebih. kadang kadang berbaldi baldi budak hantar. lagi jahat kalau toke sekadar celup baju kotor tanpa memberus segala daki yang bertimbun.
  • Seterika milo-pehh.yang nihh la bisnes paling maju dikalangan budak hostel. wajib tahu! wahaha

kalau nak sebut semua. memang tak habis. nak lagi best, budak budak buat promosion sampai tampal iklan kat pintu bilik tv. habes kene sound dengan warden, bisnes berhenti. tapi ada je yang sambung balik. wahaha


Cerita hantu

histeria. biasa kejadian nihh slalu berlaku kat sekolah yang berhostel. aku sendiri pon tak faham. lagi best bila senior senior macam aku nihh selalu sebar cerita hantu. wahaha. setiap kali junior datang hadap dorm kami, mesti je ada cerita hantu jadi topik dorang. tak caya? 

Cuba korang nengok kisah hantu hantu budak asrama, semua sama jep , 
hantu nenek kebayan duduk atas loker. *rasa hebakk la duk ats loker tuhh* kira budak budak tidur.

hantu cermin. mesti budak hostel takut nak bangun tengah malam, sebab biasanya imaginasi mereka,akan ada makluk lain muncul kat cermin. wahaha. 

hantu goyang katil semua. hantu cuci baju tengah tengah malam , cuak! sama jep. Agaknya, persatuan hantu-hantu Malaysia nihh dah berpakat untuk ganggu budak budak hostel dengan cara yang sama kot? heheh


kasi besar siket gamba nihh.

Balik hostel secara haram

well, ini perkara wajib kot nak nak kalau selalu jep budak budak hostel ponteng prep dan pergi membuta di atas katil yang empuk. agak agaknya, cara terbaik nak selesai masalah nihh..
  • ambil selimutdan pakaikan pada budak tu seperti ninja dan gantung pada pagar sekolah
  • junjung tilam hostel keliling padang 2 pusingan
  • suruh budak tu cuci kipas dan sawang selama seminggu
  • suruh budak tu basuh sarung bantal yang memang sudah terang tertepek pelbagai jenihh peta dunia.
  • lagi teruk kalau pinjam tudung pelajar perempuan, pakaikan pada budak tu dan letak di depan bilik warden menjadi jaga selama seminggu pada waktu study

agak agak, mesti budak budak tak berani nak balik hostel da kot. haha.

terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

2 comments:

walinong sari said...

hahahaa.. hampir 100% sama ngan hostel life saya :)

cik hemo hemo said...

hoho. ade satu part yg bes.
men keja keja ngan warden.
tapi x citer. maluuuu. huhu