Friday, February 25, 2011

aku pun pernah buat masalah di pagar sekolah

salam kembali!

Haah, mesti korang terkejut kan nape tajuk 'pagar sekolah'?? haa

"lari berpagar?"

"bukanla.."

sebenarnya aku ni suda buat satu kesalahan besar dalam hidup aku sendiri. aku lompat pagar sekolah. YEAH, atau lebih dikenali sebagai masalah disiplin sekolah. Memandangkan aku suda tidak sekolah lagi, mari aku story biskut mary sambil cecah ais krim chukelat
*sedap sampai menjilat lantai rumah*

*first sekali janganla korang berfikiran negatif ok? kalau tak, aku cucuk mata korang dengan garfu taw!! aku tak main main, HAHAHA *muke setan gila babeng*

Satu pagi yang indah, pada ketika itu burung burung berkicipan comel, angin bertiup sepoi sepoi bahasa*klasik*

aku kena bangun pagi membuta gara gara pagi yang indah lagi nian tu ada seminar chemistry (mase tu exam week ok?). Then, pintu pagar kecil tu kunci..


"nape lar pintu nie kunci?. nie mesti abe guard x bukak.. grr"
*aku megomel kecomelanku*


"maaaalaaas betol nak guna pintu aspura, seminar chemistry kat bilik seminar jep.."

berfikir sejenak..
muncul ideal NAKAL di dalam benak hotak fikiran yang bergeliga ni. HAHA

"haah, apa kata aku panjat je lar pagar.."


" line clear, tade orang lagi setakat ni kat blok B" ( blok B asrama lelaki)

kemudian aku lompat pagar dengan tanpa memikirkan masa depan, tanpa memikirkan kenapa aku tolak pinangan Ashraf Muslim, tanpa memikirkan macam mana nak bagi tomyam lagi sedap ber-krim, tiba tiba ada makluk manusia yang menegur aku..

"sape tu?"

Ghupe ghupenya Sherol tanye. Sherol adalah penghuni blok B dan merupakan ketua pengawas sekolah a.k.a ketua pelajar sekolah
*sengaje cari nahas*

Masa tu aku baru sahaja selesai lompat pagar, then aku pusing dan muka aku masa tu pucat dan kecut perut macam makan tomyam basi . dengan membuat muka macam sardin-tak-masak, aku hanya mampu menjawab..

"peace"

kemudian tanpa memikirkan masa lampau, aku hambek langkah seribu batunya *macam jauh sangat tu*

dalam hati kecil lagi inisen aku ni, aku dapat mengagak yang sudah semestinya si sherol tu menceritakan peristiwa dengan semangatnya macam nyanyi lagu Negaraku dekat budak budak lain *sigh*

padan muka aku yang comel lagi kiut *bajet*

AMARAN: jangan tiru aksi ini dirumah!


terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

2 comments:

enonimes said...

bhye wawa nie..bhaha

cik hemo hemo said...

ape ape ape yg bahaye?