Thursday, February 24, 2011

umur

assalamualaikum :)

jiran lama orang hapdate belog pasal umur , kejadian yang melampau gilababeng ! kompem terhinjut hinjut bahu membace entri beliau, tak tipu !

Umur, orang lagi 6 bulan nak masuk 18 belas tahun, darah muda. alangkah seronok bila dapat mengecapi berusia 18 tahun. sudah boleh jadi isteri orang,sudah boleh join parti liar , sudah boleh buat lesen *baru dapat rasa jatuh motor* ,sudah boleh sound budak sesuka hati *bajet*

tetapi, orang lagi kesian bila kakak sepupu tanya,

"aik, kenape tak pegi sekolah, cuti?"

"kak, tunggu result spm la"

"ye ker?"

agak tersentuh menusuk sampai ke liver soalan cepuk dahi beliau,

adakah orang kelihatan muda? comel macam baby gajah besar gedabak? perasan. tapi boleh dikatakan awet mude? mungkin. hehe. mungkin orang bertubuh pendek kecil, menjadi isu salah sangka manusia di luar sana, dengan mengatakan orang ni budak sekolah rendah, sampai ke tahap itu sekali ! sangat menyentap perasaan sanubari di dalam lubuk jiwa orang*klise*

satu kejadian di mana orang mula mula masuk ke dunia hostel, orang ditegur oleh soearang manusia, nama beliau ****** dirahsiakan. huh,padahal orang lebih tua daripada manusia tersebut. berlagak nak tunjuk hebat sangat la tu.harap muka jep comel, inesen, tapi kurang hajar macam nak masuk longkang pon ada.

"dik budak baru ea? kelas form 1 mane?"

"erm, saya budak form 4 baru, minta maaf" *muka nyenyeh yang amat*

kemudian, tanpa memberi salam, tanpa memberi senyuman, tanpa segan silu, orang mem-blahkan diri begitu sahaja. sila jangan tunjuk lagak dengan saya. harap maklum. sampai sekarang manusia tersebut tidak berani mata-ke-mata dengan orang. HAHAHAH *muka setan*

berbalik kepada situasi yang lain, masa ni orang baru lepas excident yang agak teruk, walaupun orang tidak mengalami kecederaan yang serius. tetapi untuk mengelakkan sebarang kecederaan di masa hadapan beribu batu *macam jaoh sangat*,

orang pergi x-ray bersama sama ayah tercinta. ayah orang baru berusia separa abad, tetapi dari sudut fizikal, beliau kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar, tidak sangka.

sampaila, mak cik melah bertanya *bukan nama sebenar*

"amboi, zul. buat ape mari ospital, dapat baby baru ke?"

"kami sekeluarge baru jep eksiden semalam"

"eksiden? kat mano? bilo?"

ayah orang menerang satu persatu kisah tersebut, biasalah ma cik melah ni suka jaga tepi seluar ayah orang. kalau tak jaga, tak heboh la satu kampung dengar cerita mak cik melah. haha.

"isteri ke nie?"

gulp, tertelan hingus hijau orang. what the tat nenas la mak cik melah. rupa orang naik comel kalah budak iklan kiki lala tau. *bajet*

"aish, ke situ pulak, anak saye la mak melah"

mak cik melah ketawa terbahak bahak, nasib baik tak tertelan gigi palsuterkeluar gigi palsu. kemain lagi mak cik melah duk tergelak, amboi sesedap jep !

adakah orang berkemungkinan menjadi isteri muda kepada ayah orang? mungkin itu firasat mak cik melah? HAHA.

macam macam manusia di luar sana memandang secara fizikal terhadap diri orang. hehe. asal orang tak kacau hidup orang lain sudah la. kalau tak, itu dinamakan cari nahas. huhu

ok, babai.

assalamualaikum penutup bicara *bajet*


terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

No comments: