assalamualaikum, T_T
dalam sedih tahap maksimum, salam tetap aku bagi. PERGHH!
kalau dulu, aku selalu bangga bila dapat naik basikal. sebab apa? sebab kalau aku berbasikal , aku rasa tenang. tak macam motor, start enjin lepas tu main main gear
*aku pandai bawak motor jugaktau*, lain pula dengan basikal. mengayuh basikal juga banyak kelebihannnya.
disebabkan minyak dah makin naik, adalah baiknya kalau korang naik basikal jup. antara kelebihan bila korang berbasikal :
Duit tak keluar banyak
bila berbasikal sure la minyak tak payah isi. sudah tentu harga minyak semakin hari semakin naik. macam dengan berat badan korang, ada ke makin turun? lain la kalau macam aku ni, maintain jup *perasantan* aku rasa kalau berbasikal pergi ke kolej *insya'Allah* , macam hebakk jup, cool!
Persekitaran terpelihara
kalau pengguna motorsikal bawak motorsikal macam tak-tahan-nak-lepas-hajat , paham paham jup la, hahaha. hmm, asap tu kalau tak membunuh nyamuk tak sah , gila berkepuk asap terpaksa kita sedut.
Tiada kesesakkan jalan raya
dah tiada jalan sesak dah. masing masing rasa hebakk dan cool jup mengayuh basikal dengan muka sardin-tak-masak , ada jugak yang mengayuh basikal sambil main handphone- balas mesej *imaginasi kuat sangat, tapi aku tak buat pon!*
Isu rempit selesai
mat mat rempit dah tade dah kalau ramai yang guna basikal. dorang nak rempit pakai basikal pon bukan boleh buat kerosakkan yang teruk . kalau eksiden pon, alahai setakat calar jup lebih. tapi merengek kat awek macam kena langgardengan lori! wahaha
Cukai jalan dilupuskan
HEHEH! ini best kalau cukai jalan tiada, hujung tahun tak payah pening pening kepala nak fikir simpan duit hidupkan roadtax *otakku bijak*
Beli basikal CASH
hmmm, kalau pakai basikal bayar CASH jup terus.
tak payah nak loan bank dah. korang cuma perlu loan dekat mak korang jup. muahaha*mukesetan*
Senaman berkesan
bila kayuh punya kayuh, mesti lebat peluh korang kan? balik rumah terus jup timbang berat badan, tengok tengok hilang 3KG , tak ke untung tu? haha
Tiada sekatan jalan raya/roadblock
HAHA, yang ni aku paling suka. tak payah nak roadblock , jalan jup la mana korang nak. kan?
setuju ke tak setuju?
TAPI..
berbalik kepada tajuk entri. kenapa aku menanges kerana sebuah basikal? sedangkan kemain lagi aku story pasal kelebihan berbasikal?
begini ceritanya..
petang tadi,
aku melayan perut kecintaanku yang mengidam makan cekedis. *biar la*
"mak, nak pegi kedai sat"
"baguih la, mak nak pesan ni, bla bla bla.."
"ok!"
"jangan nak pegi kedai jauh sane tu tau"
aku buat tak kesah sebab memang niat aku nak pergi ke kedai yang jauh sikit. kononmya, kedai jauh tu banyak pilihan.
"nak bawak tak handphone? toksah la. hmmm, bukan penting pon" *aku mengomel kecomelanku*
kemudian, memandangkan aku semakin hari semakin malas nak bawak motor, nak berbasikal la katekan! haha. konon nak kasi peluh sikit kalau aku berbasikal, badan sihat. *bajet*
aku berbasikal dengan muka cool, untuk memenuhi hajat perut kecintaan dahku ni. mula mula, aku rasa pelik , kenapa basikal kucintaan dahku ni pelik semacam. aku terus mengayuh dengan hati yang riang gumbira di pagi raya. 400 meter kemudian tiba -tiba , pengayuh basikal di ahagian kiri aku tercabut dengan tanpa segan silunya.
korang tak tau pengayuh tu apa? yang aku bulatkan kale merah tu la bendealah pengayuh namanya.
YE, masa tu tepat dengan eloknya, pengayuh itu tercabut dengan riang gumbira di tepi jalan. di mana banyak motor dan kereta BMW lalu lalang. dengan secara automatiknya, muka aku menjadi merah akibat tahap malu semakin menebal. dan ketika itu, aku mahu menangestergolek guling macam tenggiling kat tepi jalan.
*gamba ni tiada kaitan dengan tajuk*
mari kita lihat pelan kejadian yang sadis tu. T_T
tanda bulat hijau tu , dimana insiden cabut pengayuh bermula. YEAH, di tepi jalan. sampai ada budak dalam kereta memusingkan kepalanya 360 darjah nengok aku sedang mengutip pengayuh yang tercabut. dalam hati, aku rasa nak bagi penampo jup. saba saba. terpaksala akumengheret basikal sejauh 400 meter , T-T sobsob *pure pure nanges*
rumah berwana hijau-rumah kosong adalah tempat persinggahan untuk aku mem-pomen basikal aku. sadis sekali.
sampai di kedai, dengan rasa macam makan tomyam basi, aku cepat cepat memunggah barang yang mahu dibeli. sebal rasanya sekali! sampai dirumah , aku langsung tidak menceritakan kepada mak aku pasal "kejadian" tu , kononnya tidak mahu dinyenyehkan oleh beliau. sobsob. T_T
SEBAL, MARAH, MALU, NGOKNGEKNGOKNGEK=sembeinya aku
pengajaran yang aku dapat, lain kali kalau nak keluar,
sila bawak handphone *kot emergency macam tadi*
sila check dulu basikal sebelum melintas meneruskan perjalanan
sila patuh kepada arahan emak anda *balasan la tu* sobsob
itu lah cros dan pros pasal berbasikal. setuju?
p/s: aku taknak naik basikal buat sementara waktu! memang aku turun 4KG heret basikalsejaoh 400km , SERIYES tak tipu! muahaha. *kening kening*
5 comments:
sian basikal tu.mg berat sgt saboh.muahahaha :P
bukaan. beskal tu buat hal. T_T
basikal tu brsalah.em.peta tu kat mne ea.?ak xcam la
haha. mmg x cam sebab tu area taman umah aku,
dekat ngan umah lisa surihani..
:)
lisa surihani ori atao y celup.?bhahaha
Post a Comment