Sunday, May 13, 2012

Mana yang penting atau mana yang tidak bukan salah satu punca untuk kita menilik luaran 'buku' itu.



"Your sickness is within you, but you do not perceive it. Your remedy is within you, but you do not sense it."


orang kata, don't judge a book by it cover. betul. siapa sangka buku yang tidak striking warnanya, tidak ada corak yang menarik, mungkin hanya segaris tajuk mampu meruntun jiwa pembaca. siapa tahu.

pernah satu kejadian dimana aku menghadiri satu kelas. dan penceramah bukan main tegas orangnya. beliau berjaya membuat aku tak senang duduk dek kecut perut sampai senggugut . mujurlah aku masuk kelas awal dengan jayanya. mewakili kaum hawa, cewah. 

ada seorang gadis. bertudung labuh. gayanya seorang pelajar, sebaya aku. katanya tahun akhir pengajiannya. tapi malangnya, dia terlambat. lambat 30 minit. mungkin 30 minit agak lama. abaikan perkataan agak, ya, memang lama. 

dan dia. dia dikritik hebat dek lambat tanpa diberi peluang untuk memberi alasan. selepas kelas tamat, abrulah dia bercerita. nenek dia sakit. manusia, kadang kadang tak adil. langsung tidak diberi peluang. tapi ada juga manusia yang salah menggunakan peluang. lain terus jadinya.

pernah satu ketika aku berjaya mendumpkan seorang perempuan ini. dek kerana gara gara perempuan ini, seorang kawan sekelasku merana akibat putus cinta. sadis sekali. sampai semua cikgu memberi semangat. apa lelaki tidak boleh nangis ya? pada mulanya, aku mampu tergelak. mungkin dia boleh dikatakan anak manja, tapi lumrah. satu perasaan.

dan dengan ini. aku mengambil peluang. ya, peluang untuk membalas dendam. dan aku berjaya! 

aku berjaya men-dump-kan perempuan itu, dengan melakonkan sebagai lelaki. sungguh, aku pandai mengayat. percayalah. hew hew. tapi sebagai balsan aku mendapat carutan sebagai terima kasih. ya, kasih anda saya terima. --"



siapa sangka setahun kemudia kami berkawan baik di fesbuk. dan dia juga bakal guru, bakal pendidik. alhamdulillah. sampai sekarang dia tidak tahu identiti 'lelaki' itu. barangkali sudah lupa. mungkin. nasib baik untuk aku. :D


p/s: aku ada acc blogger dulu diikuti dengan facebook. fuyooo.


terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

11 comments:

Amirah Ahmad Zaki said...

eh ade acc blogger dulu baru facebook? menarik ! hehe..

kak hemo berlakon? hebat lah ! berjaya pulak tu ! ;D

mirmashi94 said...

aik? perempuan tue memang x tahu ke? haha. hebat laa cik hemo.

biasalaa. manusia. jarang nak jumpa yang ade fikiran ke hadapan, berfikir di luar kotak. kalau semua mampu berfikir di luar kotak, mesti muncul ramai einstein. haha.

kay_are said...

menyamar jadi laki? memang hebat.. susah kot.. mesti ko dah mendalami jiwa laki lame dah kan? =P sekarang dah jadi kawan and di taktau rahsia tu.. lagi hebat.. huu

mane member ko wafiy tu pergi? hilang camtu je???

cha'e said...

yeah, perasaan . .menyakitkan sangat


oih biar betul? besar sangat daulat blog daripada fesbuk. . tabik2! ;)

Woofer Storm said...

jgn nilai sy hanya dgn blog sja,nak nilai cari sy kat fb..gitu?haha

slmt mlm..

cik hemo hemo said...

@miss s: kebetulan jeppp :D

cik hemo hemo said...

@mismarshi: ha ah, betol. nasib baik perempuan tu xtau. haha.

cik hemo hemo said...

@kr: bende tu gune physcho. haha. xde la mendalami lelaki. tapi ade skill.

die ade cari kau kat fb. sian die. ko x on9 fb ke ape?

cik hemo hemo said...

@cha'e: sakit tak terungkap. dulukan friendster. baru blogger, then fesbuk.

cik hemo hemo said...

@woofer: oh nilai? nilai kat negeri sembilan lah. awak ade jual kain kat situ eh? mesti muraaah pnye. nak beli! haha

adan said...

wah..pakar mengayat nampak... "lelaki" itu pandai mengayat sbb dia tahu isi hati wanita... =="