Thursday, November 17, 2011

jangan bersedih duhai hati !

assalamualaikum.

sudah lame tidak up-to-date blog ni . jangan ditanya alasannya, sudah tahu bukan? usia makin bertambah, bermakna kita sudah semakin matang. biarpun matang dari segi pemikiran walaupun realitinya perangai kebudakkan.



macam Hlovate cakap, hidup tak selalu lawa. tak selalunya ada pelangi. kalau nak kata a bed of roses pun, duri durinya tetap ada. kadang kadang, bilamana 'malapetaka' tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. rasa macam dah tak  mampu bangkit. rasa macam dah tak mampu hela nafas.

itulah manusia. manusia makhluk yang lemah. tapi disebalik tu ada keistimewaan menjadi manusia bukan? tetapi jangan kita semakin angkuh jika kesenangan yang Dia bagi pinjam, sebaliknya kita bersyukur dengan apa yang kita terima. bila Dia tarik balik nikmat yang Dia pinjam, mulalah kita menyalahkan Dia. masyaAllah. mintak dijauhkan.


sedangkan Dia mahu menguji sejauh mana rasa sayang kita pada Dia, sedalam mana cinta kita pada dia. ya CINTA. orang kata,jangan dicari cinta manusia kerana cinta manusia tidak kekal dan kadang kadang hanya indah pada mata.

seisi luahan rasa. haha, mungkin. aku barangkali tidak pandai meng-ayat bunga bunga seperti kamu. ecece. tapi bila aku baca ayat ni berulang kali, aku tenang.

             Al-Ankabut (29:2): Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?

Sabar. macam my sis cakap, sabar dik. ujian tu mungkin tak mampu kita tanggung. cuba adik tengok saudara Islam kita di Palestin. belum puas nak merasa kasih sayang ibu bapa , tapi mereka terlebih dahulu syahid. dia tidak nangis meratap , tapi menjadi lebih kuat untuk menentang musuhnya. sesunggunya Allah bersama orang orang yang sabar. itu janjiNya.


betul, jangan dicari cinta manusia, tidak kekal. cintalah pada Dia, sesungguhnya cinta yang lagi indah. i'll stop loving him. 


forget what has hurt you in the past,
but never forget what it taught you.


p/s: Ya Allah, jangan biarkan aku terus terbelenggu dek perasaan rindu. jagalah hatiku dalam merindui dia. semoga perasaan initidak merosakkan perasaan cintaku pada Mu ya Allah, tapi jika sebaliknya  yang berlaku, Kau ambillah perasaan ini. semoga aku redha Ya Allah.


terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

10 comments:

senyumSOYA said...

^^" rindu cik hemo2 jgak..camna life matric so far so good? or just suam2 kuku?

hehhehe...enjoy the time there ya..
akak dulu x da life sgt..jiwa kacau semua..at least time masok you... rugi but never regret ..

t masuk U kutip balik masa yang dah lepas..be a better one....jangan nakal2 sgt..sket2 sudah.. pilih kawan elok2..insyaAllah kalau semua baik kita akan dapat yang baik..kan?

red gitarputeh said...

^^" rindu cik hemo2 jgak..camna life matric so far so good? or just suam2 kuku? (tiru)

so.. entry ni sebenarnya untuk kesedaran penulisa sendiri dan untuk pembacakan? alright. matang enough. :D hi-5! XD

N'Craft said...

tak nak lupakan perkara lama. supaya perkara lama tu tak diulang lagi. T-T

miss senyum said...

hye dear, miss you laa. i like the last paragraph in this entry.


** betul, jangan dicari cinta manusia, tidak kekal. cintalah pada Dia, sesungguhnya cinta yang lagi indah. i'll stop loving him.


forget what has hurt you in the past,
but never forget what it taught you.


p/s: Ya Allah, jangan biarkan aku terus terbelenggu dek perasaan rindu. jagalah hatiku dalam merindui dia. semoga perasaan initidak merosakkan perasaan cintaku pada Mu ya Allah, tapi jika sebaliknya yang berlaku, Kau ambillah perasaan ini. semoga aku redha Ya Allah.

kay_are said...

sejak bile hlovate cakap camtu? kat novel manekah?? nape tak pernah tau?? huu..tapi betul.. senang cite sume bende ade hikmah.. yang penting sentiase ke depan.. nak reverse, baru tarik gear ke belakang ye? chill!!

cik hemo hemo said...

@senyumsoya: time kaseh akak!! sangat hargai. <3

cik hemo hemo said...

@red: red lagi matang, suke nasihat red. heee

cik hemo hemo said...

@hujanmenjerit: perkara lepas mematangkan kita :)

cik hemo hemo said...

@miss senyum: tenss akak, men hentam jep ayat tu :D

cik hemo hemo said...

@kay_are: ade lah.cek betol2. peminat setia hlovate jugak eh?

tens bro. love it. tapi cik hemo x pandai bawak kete ponn.--"