Thursday, February 24, 2011

cooking, memasak


COOKING, memasak, COOKING, memasak

Teringat zaman muda mudi dulu, mase kecik kecik suda pandai main masak masak ngan kawan sekepale, biasenye pasir tu dijadikan nasi, daun daun pokok bunge dijadikan lauk pauk;kadang kadang mak orang naik hangen bile daun daun pokok bunge kesayangannye dicantas oleh tangan orang yang mulus tulus, HEH HEH, biase la zaman budak hingusan! Yang paling best bile mane orang main kawen kawen, berangan nak kawen mude. HAHA. Biar la budak lelaki tu menolak sekeras keras nye pabile di ajak main kawen bersame, tapi die lagi seronok bile mane pengantin perempuan tu ditukar 4 kali, GATAI !

Memasak? Orang pon reti memasak la sekarang, cuti panjang ni, orang pon ade masok ke dapur (bukan prabes nasi di dapur); tapi orang tgok mak orang memasak, sebut pasal memasak, orang teringat mase zaman mule mule pegang kuali, PEH! orang try masak nasi goreng, PERGH!, masin SIOT, selori letak garam doe. Disebabkan tak nak membazir, orang terpakse la menghabiskan nasi goreng masin tu, ADEY.


kan best kalau zaman budak budak dapat main masak masak yang real punye, kompem kene bleter ngan mak korang sebab duk prabes ke barang dapur. HEH HEH.


Ekseli, cube kite fikir balik, lelaki pon kene pandai masak jugak kan? Jangan la stakat masak air tu korang bagi alasan sebab masak air tu semue adalah ASAS, yang menggelikan hati orang bile mane mendengar cerite dari member orang sendiri yang die sendiri tidak pandai memasak mee segera a.k.a MAGGI. FAILED la die nie.


tengok tu, macho ape kalau lelaki masak. kan elok kalau lelaki macam tu, sejuk hati isteri bile lelaki pandai memasak tau, bukan stakat pandai masak air jep!


Adakah korang kenal mamat nie, Nie bukan sebarang orang tau, kalau korang rajin menekan channel 707, TLC, korang akan nampak beliau di dalam rancangan Asia Cafe, orang sangat suke bile si Bobby Chinn ni masak masakan asia, ekseli die pon ade keturunan asia. Beliau sangat kelakar!


Perempuan perlu pandai memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak,

dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan
awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawatnya. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementara juga telah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelakimeletakkan kebolehan wanita di dapursebagai perkara utamadan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namunkedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal mema

sak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita

disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


kan best ape kalau suami tolong isteri memasak cam gini, kan?


in the other hand, lelaki pula jangan lah tolong bini dengan hanya memakan masakannya. ringan kan berat badan untuk tolong isteri sikit sikit di dapur seperti kupas bawang dan segale bagai; baru lah suami pilihan malaya.


ok, babai. peace out!

:)


terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

No comments: