Tuesday, June 25, 2013

Lihat langit, dan senyumlah :)


"Time heals. It’s always wonderful to see how the jigsaw falls into place; I guess that’s the beauty of sabr"


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk terus hidup. Syukur. Fuhh, sudah tamat tahun satu. Yeah. Umur makin tua. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2. Dah 20-an, boleh lagi main lari-lari. Bila fikir balik, bila lah perangai tak matang ni nak berubah. Tak ayu, kasar dan garang. Walaupun dilabelkan sebagai "budak-budak" tapi Alhamdulillah aku hidup sepanjang 20 tahun masih lagi ikut fitrah :)

Dan bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang ohsemm yoo. 




                                                         love them 



Orang kata kawan biar beribu, musuh jangan satu. Empat tahun, inshaAllah bersama. Paling lama aku rasa. Pernah dulu, aku menangis kerana mereka. Bergaduh, adatlah berkawan. Dan paling manis yang dapat aku rasa, bila bersama mereka, tawa sedih dikongsi bersama. Makan satu pinggan, berebut makanan siapa yang paling lahap. Buat kerja gila, ponteng berjemaah. 



Loneliness does not come from having no people around you, but from being unable to communicate the things that seem important to you. True, friendship :)


Kalian sahabat terbaik, makhluk paling sempurna yang pernah semesta berikan untukku, manusia yang memberikanku kesempatan melihat. Maaf, itu katamu setiap saat, walaupun di saat tak ada perbuatan yang salah. Terima kasih, itu katamu setiap saat setelah kau berkata maaf, walaupun di saat tak ada perbuatan yang benar. AKu sanggup berkorban demi kebahagiaan kalian. Cukup ruang untuk kita bersama selama ini.


Telah disediakan nirvana untukmu nanti, pindah dari kakimu, menaungimu kelak.


Berpuitis? Ahh sudah. Biasalah, aku pencair hati orang 

Aku masih belajar. Masih belajar untuk baiki diri. Kadang ade orang sekeliling tak suka. Terlanjur kata, terlepas cakap buat mereka terguris hati. Manusia buat silap, tapi sampai bila nak biarkan diri dari terus buat silap? Maaf, aku serba kekurangan. Ya, sedikit demi sedikit aku akan berubah. 


p/s: Rindu Ramadhan!




terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

Saturday, February 16, 2013

"Kawan, kalau one day aku jatuh, kau akan tarik aku semula tak?



"Kawan-kawan kenal kita waktu kita senang. Tapi kita kenal siapa kawan kita waktu kita susah."


How your Iman today? Baik? Sihat? Alhamdullilah. Fuhh. Ada sebab kenapa aku dah lama tak update blog. Sekali aku muncul tetibe, tu dia kata aku pelik. Huhu. Takpe. *sengih*

Sebenarnya, aku punya keyboard laptop dah punah akibat kucing gangsta dikampung mencakar dengan riang gembira. Kadang nak buat assignment taip taip, boleh mengamuk. Dan bila aku mengamuk, hilang terus keayuaan senah di kampung.

Sekarang? Alhamdulillah sudah pulih sediakala. 


ada yang hensem disitu. yeke?

Setiap kali aku pergi mane mane, misalnya tempat belajar, mesti ada jumpa kawan baru. Kira untung lah aku dapat kenal macam macam jenis perangai orang keliling aku. 

Aku pendiam orangnya. Mengambil masa untuk rapat dengan orang baru. Tapi bila dah kenal, haa tahulah perangai sebenar aku macam mana.

Tapi bila bertembung dengan kawan lama, aku bukan taknak tegur. Sat lagi ade la mesej, 
"Sombong kau sekarang eh."

Bukan sombong. Cuma segan. Malu. Sebab dah macam janggal bila lama dah tak jumpa, tak tahu nak mula dengan apa, senyum? Senyum. Satu sedekah. Bukan aku tak pandai senyum, cuma dek terlekat dengan muka ke-blur-an aku yang dah terlahir sejak azali. Kena berubah ni, harus.

Taapi, aku tabik la dengan kaum lelaki, tak ira orang dia tak kenal ke kenal habis dia tegur semua. Maksud aku, sesama dorang. Eheh, nak tegur perempuan tiba tiba ade berani ke der? 

Bila aku nampak satu kejadian dekat satu perhentian. 
Aku nampak sekumpulan manusia, berjabat tangan, cuba beri senyuman, beramah mesra. Walaupun mereka tak saling kenal tapi ada kemanisan aku nampak disitu. Cuba kita bayangkan, jika semua manusia melakukan perkara yang sama, tak kira berbeza agama, waaah dah boleh buat barisan ummah yang membanggakan.

Macam tu kita dengan kawan. Mungkin susah nak ajak mereka buat baik. Tapi biar kita mulakan dulu. Lama lama, mungkin dorang ikut sekali. Nak buat baik pahala, ajak orang buat baik lagi banyak pahala. Bukan apa, sebagai bekalan kita jugak.

Manusia bila nak buat baik, nak nak yang baru nak berhijrah. Ada yang sound. Ada yang perli. Sungguh aku bukan baik. Tapi aku cuba jadi baik. Sampai bila kita nak jadi jahat? Fikir.

Aku pernah alami semua ni. Dah tempuhi zaman gelap, zaman tak berape nak cerah. Dek terikut kata hati. Oleh kerana terlalu taksub kata hati, aku jugak yang sakit. Tapi Allah bagi peluang, bagi peluang baiki apa yang terkurang. Jangan rugikan.

Nanti Dia tanya, masa zaman remaja kita buat apa? Banyak yang baik atau sebaliknya. Sebenarnya, zaman remajalah kita paling kuat. Jadi atas diri kita sendiri yang buat pilihan.



Aku tak berlagak baik, tidak. Cuma aku berubah nak jadi baik. 

P/S: Aku tak suka taip panjang panjang, cukup untuk SPM  -..-



terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali