Saturday, February 16, 2013

"Kawan, kalau one day aku jatuh, kau akan tarik aku semula tak?



"Kawan-kawan kenal kita waktu kita senang. Tapi kita kenal siapa kawan kita waktu kita susah."


How your Iman today? Baik? Sihat? Alhamdullilah. Fuhh. Ada sebab kenapa aku dah lama tak update blog. Sekali aku muncul tetibe, tu dia kata aku pelik. Huhu. Takpe. *sengih*

Sebenarnya, aku punya keyboard laptop dah punah akibat kucing gangsta dikampung mencakar dengan riang gembira. Kadang nak buat assignment taip taip, boleh mengamuk. Dan bila aku mengamuk, hilang terus keayuaan senah di kampung.

Sekarang? Alhamdulillah sudah pulih sediakala. 


ada yang hensem disitu. yeke?

Setiap kali aku pergi mane mane, misalnya tempat belajar, mesti ada jumpa kawan baru. Kira untung lah aku dapat kenal macam macam jenis perangai orang keliling aku. 

Aku pendiam orangnya. Mengambil masa untuk rapat dengan orang baru. Tapi bila dah kenal, haa tahulah perangai sebenar aku macam mana.

Tapi bila bertembung dengan kawan lama, aku bukan taknak tegur. Sat lagi ade la mesej, 
"Sombong kau sekarang eh."

Bukan sombong. Cuma segan. Malu. Sebab dah macam janggal bila lama dah tak jumpa, tak tahu nak mula dengan apa, senyum? Senyum. Satu sedekah. Bukan aku tak pandai senyum, cuma dek terlekat dengan muka ke-blur-an aku yang dah terlahir sejak azali. Kena berubah ni, harus.

Taapi, aku tabik la dengan kaum lelaki, tak ira orang dia tak kenal ke kenal habis dia tegur semua. Maksud aku, sesama dorang. Eheh, nak tegur perempuan tiba tiba ade berani ke der? 

Bila aku nampak satu kejadian dekat satu perhentian. 
Aku nampak sekumpulan manusia, berjabat tangan, cuba beri senyuman, beramah mesra. Walaupun mereka tak saling kenal tapi ada kemanisan aku nampak disitu. Cuba kita bayangkan, jika semua manusia melakukan perkara yang sama, tak kira berbeza agama, waaah dah boleh buat barisan ummah yang membanggakan.

Macam tu kita dengan kawan. Mungkin susah nak ajak mereka buat baik. Tapi biar kita mulakan dulu. Lama lama, mungkin dorang ikut sekali. Nak buat baik pahala, ajak orang buat baik lagi banyak pahala. Bukan apa, sebagai bekalan kita jugak.

Manusia bila nak buat baik, nak nak yang baru nak berhijrah. Ada yang sound. Ada yang perli. Sungguh aku bukan baik. Tapi aku cuba jadi baik. Sampai bila kita nak jadi jahat? Fikir.

Aku pernah alami semua ni. Dah tempuhi zaman gelap, zaman tak berape nak cerah. Dek terikut kata hati. Oleh kerana terlalu taksub kata hati, aku jugak yang sakit. Tapi Allah bagi peluang, bagi peluang baiki apa yang terkurang. Jangan rugikan.

Nanti Dia tanya, masa zaman remaja kita buat apa? Banyak yang baik atau sebaliknya. Sebenarnya, zaman remajalah kita paling kuat. Jadi atas diri kita sendiri yang buat pilihan.



Aku tak berlagak baik, tidak. Cuma aku berubah nak jadi baik. 

P/S: Aku tak suka taip panjang panjang, cukup untuk SPM  -..-



terima kasih sudi bace , kalau rajin komen sekali

2 comments:

Amirah Ahmad Zaki said...

part yg bila jumpa kawan lama tak tahu nak mulakan camne tu sama :/ fail betul

kay_are said...

aku laki tapi takde r berani tegur orang sangat.. tambah2 pompuan.. part jumpe kawan lame tak tau cakap ape tu memang standard sangat. err..